PROGRAM BERKHATAN ANAK PAHANG DAERAH BERA 2025

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐀

Petikan daripada Facebook Jabatan Agama Islam Pahang

BERA, 4 FEBRUARI 2025 / 5 SYAABAN 1446H

Program Berkhatan Anak Pahang bagi daerah Bera berlangsung dengan penuh keceriaan di Masjid Darul Fikri, Bera.
Program di bawah Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) ini melibatkan seramai 186 orang peserta, dengan sokongan padu daripada ibu bapa serta komuniti setempat.
Majlis bermula pada jam 7.00 pagi dengan sesi pendaftaran, diikuti taklimat khas dan sarapan untuk para peserta. Perasmian majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Bera, Tuan Mohd Azizi bin Abdul Aziz, diikuti ucapan perasmian oleh Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato' Hajah Sabariah binti Saidan.
Hadir sama:
Ahli Dewan Negeri Kawasan Kemayan, YB Tuan Khaizulnizam bin Mohamad Zuldin
Pegawai Daerah Bera, YH Dato' Ahmad Nasim bin Dato' Haji Mohd Sidek
Pegawai Pendidikan Daerah Bera, YBhg Puan Hanita binti Kassim
Pengarah Hospital Daerah Bera, YBhg Dr Ts Iszad bin Idris
Ketua Jabatan dan para penghulu mukim
Acara siraman air bomba menjadi detik yang dinanti-nantikan, menceriakan suasana dan menjadikan pengalaman ini lebih bermakna buat para peserta.
Program Berkhatan Anak Pahang akan diteruskan di Bandar Rompin pada 6 Februari 2025.
Semoga setiap peserta diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan mereka.